Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘artikel’ Category

Khalifah Allah

Setiap dari kita adalah khalifah di bumi Allah. Kita adalah pemimpin.Pemimpin kepada diri sendiri dan pemimpin kepada orang yang kita pimpin.Sebagai seorang pemimpin yang memimpin kita harus tahu tahap keupayaan diri kita sendiri,dan tahap keupayaan orang yang kita pimpin.Analoginya seorang kanak-kanak yang memimpin orang tua buta melintas jalan, kanak-kanak tersebut berkobar-kobar membantu orang tua kerana mendengar iklan di kaca televisyen yang menggalakkan membantu orang tua dan orang kurang upaya.Tika lampu pejalan kaki berwarna hijau,kanak-kanak tersebut memimpin orang tua buta sambil berkata “Takpe atuk, atuk boleh yakin dengan saya,saya selalu dah bantu orang lintas jalan ni, saya akan membantu atuk”. (selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »

..::hikmah sujud::..

Hikmah sujud antara lain ialah:

1- Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).

2- Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud akan :



1- Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

2- Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)

3- Melegakan sakit hernia.

4- Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5- Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs )

6- Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)

7- Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.

8- Meringankan bahagian PELVIS.

9- Memberi dorongan untuk mudah tidur .

10- Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.

11- Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik,secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).

12- Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.

13- Mengurangkan kegemukkan (obesity).

14- Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah
kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut(convulsions).

15- Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

16- Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut, terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.

17- Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan..insyaAllah..

“Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami.” (Ali Imran : 250)

Read Full Post »

MUST READ!!!!

Kalau orang-orang tua pernah berkata, yang berat sama dipikul, yang ringan dijinjing sama, aku rasakan lebih baik yang berat disembunyikan dan yang ringan disorok-sorokkan..kehidupan tak boleh dipisahkan daripada kesalahan.. Bagaikan isi dan kuku, irama dan lagu. Seandainya seorang ustaz pernah berkata , kalau hendak berbuat jahat, jangan ditunjuk-tunjukkan. Tidak kiralah sama ada kesalahan yang dilakukan berat ataupun ringan, perlulah disorok daripada pengetahuan orang lain….

Kalau ibu bapa manasihati agar jangan keluar rumah pada waktu malam, aku rasakan lebih baik keluar pada waktu malam daripada siang. Cuba kita renung kembali sewaktu zaman pemerintahan Saidina Umar r.a.. Beliau sanggup keluar pada waktu malam demi menjenguk keadaan rakyat di luar sana. Begitulah sebenarnya sikap pemimpin yang kita harapkan..

Kalau seorang pakar motivasi pula pernah berkata, betulkan yang biasa dan biasakan yang betul, aku rasakan lebih molek kiranya disalahkan yang salah, dan disempurnakan yang betul. Konsep Islam sungguh adil.. Kok bersalah tetap salah. Cuba dijenguk kembali sewaktu Rasulullah s.a.w bertanya mengenai pendapat para sahabat apakah yang seyogianya dilakukan kepada tawanan-tawanan perang.. Lalu Saidina Umar dengan lantangnya menyuarakan pendapatnya agar dipancung sahaja tawanan perang tersebut.. Namun Saidina Usman mengatakan agar dilepaskan tawanan perang tersebut dan diambil semua harta mereka. Setelah dipertimbangkan oleh Rasulullah baginda telah membuat keputusan agar cadangan Saidina Usman diterima….. Lalu, Allah s.w.t berfirman bahawa tawanan-tawanan perang tersebut perlulah dipancung dan dibunuh. Beginilah adilnya Islam, yang salah tetap salah, yang betul tetap betul… Islam juga tidak mementingkan material semata-mata… Tetapi, Islam lebih memandang keadilan yang hakiki..

Seni kehidupan Islam banyak mengajarku erti kehidupan.. Namun hari ini, manusiawi lebih gemar menonjolkan kesalahan mereka. Sanggup berhabis duit untuk memuaskan nafsu ke tempat yang tidak sepatutnya.. Sungguh menyedihkan… Jikalau dahulu Saidina Umar r.a keluar dari rumah untuk menjenguk kesengsaraan rakyatnya, namun hari ini manusia keluar pada waktu malam semata-mata untuk mencari hiburan yang melampau dengan alasan kehausan hiburan. Memang berhibur tiada salahnya. Tetapi, adakah hiburan yang melampau dapat mengubati penyakit di hati??? Bukankah mashaf Al-Quran itu merupakan wadah hiburan yang terbaik?? Ingatlah, dengan hanya mengigati Allah, hati kamu akan menjadi tenang.. Itulah yang terbaik.. Hari ini juga, sistem pemerintahan menjadi tidak tentu hala. Sungguh mengaburi mata rakyat.. Sedangkan pemimpin yang terang-terangan melakukan kesalahan sekalipun, masih lagi dibela. Tetapi, andai kata rakyat biasa yang melakukan kesalahan pasti dia akan dihukum. Adakah ini dikatakan adil?? Dunia ini sungguh menipu.. Namun , dunia akhirat menjanjikan yang terbaik bagi mereka yang beriman dan beramal soleh.. Itulah kehidupan yang kekal abadi…. Dunia ibarat syurga bagi orang kafir, tetapi diibaratkan neraka bagi umat Islam. Di manakah kita sekarang.. Syurga ataupun neraka?? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan….

Read Full Post »


Segala puji bagi Allah. Selawat dan Salam semoga terlimpah atas Rasulullah, keluarga, para sahabat, dan orang yang mengikutinya.


Palestin diserang lagi, namun berapa ramai antara kita yang telah mengambil tindakan proaktif dan berusaha untuk membantu saudara kita di sana? Walau sekecil mana jua usaha yang dilakukan biarlah Allah yang menentukan. Mungkin pelbagai maklum balas dapat dilihat berkenaan sumbangan wang,boikot dan pelbagai lagi usaha yang telah dilakukan, positif mahupun negatif , usaha-usaha ini perlu diteruskan untuk membela saudara kita yang terkorban di bumi Palestin terutamanya berdoa untuk saudara tercinta.


Bangunlah Wahai Pahlawan Islam

Bumi ini pernah diperintah oleh Kristian selama beberapa ketika dan akhirnya jatuh ke tangan pahlawan Islam yang terkenal iaitu Salahuddin al-Ayyubi, seorang pemuda bangsa Kurdi, bukan berbangsa Arab. (Sesiapa yang berjuang di atas nama Islam, pasti Allah akan tingkatkan darjatnya)

British telah mengisytiharkan penubuhan negara haram Yahudi menerusi Perjanjian Balfour pada 2 November 1917 dan mendapat persetujuan Amerika Syarikat pada 31 Ogos 1918.

Pelajar Melayu yang belajar di Mesir pernah berjuang dengan menubuhkan Persekutuan Putera-Putera Semenanjung (PPS) yang kemudiannya ditukar nama kepada Persekutuan Melayu Mesir (1952) dan akhirnya nama yang terakhir adalah Persekutuan Melayu Republik Mesir, PMRAM (1971) bersama-sama kerajaan Mesir pada masa itu untuk memerangi tentera Israel yang bergabung dengan Perancis dan British. Pada 29 Oktober 1956, di atas semangat persaudaraan Islam, PMRAM telah menyertai tentera Mesir memerangi tentera musuh hingga ke perbatasan Suez. Para pelajar yang tidak berkeupayaan menyertai jihad ini telah memberi sumbangan dengan menderma darah. Golongan siswi pula tidak ketinggalan memberikan sumbangan menerusi khidmat menjahit pakaian tentera.


Pertanyaannya; mengapa Israel melakukan hal ini?

Israel boleh saja mendakwa mengalami trauma masa lalu yang atau kebimbangan terhadap serangan roket HAMAS yang kini mampu menjejak ke bumi mereka, namun perbuatan mereka kali ini sangat mengganggu dan di luar batasan kemanusiaan. Israel benar-benar gila dan terlalu berlebihan dalam menderita paranoid akan keamanan mereka.

Sejak tahun 1948, lebih tepat sejak Deklarasi Balfour Inggeris tahun 1917, para pemimpin Israel selalu mempersempitkan Palestin, dan mereka ketakutan akan projek mereka ini. Yang menggelikan, Israel selalu bersikap bahawa tidak ada idea dua negara dalam sejarah Palestin; Israel menghendaki semua wilayah Palestin. Sebahagian pemimpin Israel, seperti Itzhak Rabin, membicarakan perdamaian, namun tidak ada satupun realisasinya. Siapapun parti yang berkuasa di Israel, baik Partai Buruh, Likud atau yang sekarang, Kadima, sama sekali tidak ada perbezaan.

Sekarang, perang Gaza telah menenggelamkan semua harapan orang Yahudi akan adanya dua negara. Apa gerangan sekarang yang boleh menjadi alternatif?

Jelas sekali, mereka ingin menimpakan semua kesalahan kepada Mesir yang tidak mahu membuka persempadanan Rafah.

Ariel Sharon, mantan Perdana Menteri, menarik semua kaum Yahudi dari Gaza pada tahun 2008 untuk menumpu di Tepi Barat. Idea ini masih terus ada sekarang. Sekarang, para Yahudi Tepi Barat telah menjadi ramai dan mereka menginginkan lebih banyak lagi tanah Palestin.


Apa hebatnya Palestin sehingga semua umat Islam perlu mengambil cakna kepadanya?

Palestin dianggap tanah suci umat Islam berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud :

“Wahai kaumku! Masuklah kamu ke tanah suci yang telah Allah swt perintahkan bagi kamu sekalian.”
(Surah al-Maidah : ayat 21)

Palestin adalah tanah yang diberkati Allah. Firman Allah swt yang bermaksud :
” Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah kami berkati di sekelilingnya.
(Surah al-Isra’ : ayat 1)

Firman-Nya lagi yang bermaksud :

” Dan telah Kami tundukkan untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintah-Nya ke negeri yang telah Kami memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu.”

(Surah al-Anbia’ : ayat 80)


Di tanah itu terdapat Masjid al-Aqsa yang merupakan kiblat umat Islam yang pertama sebelum ditukar ke Masjidil Haram menghadap Kaabah. Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :
” Tidak digalakkan mengambil berat dalam pengembaraan kecuali kepada 3 masjid : Masjid al-Haram, masjid ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa.” (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Abu Daud)

Di bumi ini, terdapat ramai pesuruh Allah swt yang diutuskan di antaranya adalah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak dan Nabi Luth. Di sini juga adalah bumi Nabi Muhammad saw diisra’kan.

Allahu… Allah…


‘Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.’ (Al-Isra:4-6)

Read Full Post »